Tuesday 14 July 2009

Alkisah pasal aku... episod 1

Dulu aku belajar di UTMKL Pada Tahun 1997. Aku ambil Dip Electrical Power Eng. Kalau tgk pada nama coursenya memang gempak. Tapi realitinya, aku sendiri pun memang takut dgn electric sehinggalah sekarang. Memang pada lazimnya.., seorang IE technician seperti aku kena respek ngan electric. Baru2 nie aku ada dengar satu nasihat dari Sr Tech kat Guntong Alpha. Nasihatnya berbunyi begini.

IE (Instrument and Electrical) should respect Electric.
Production should respect Vessel.
Mechanical should respect Pressure.

Tapi bagi aku.., sepatutnya semuanya kena respect. Kalau kita tak respect org, org tak akan respect kita. Percayalaaaaaaah cakap gua.

Monday 13 July 2009

Selamat Datang ke dunia blog LaN CiK a PoT

Hari ini, Selasa 14 Julai 2009 pukul 11.00pg aku Lan Cikapot berjaya mereka blog aku sendiri. Aku pun tak tahu apa istilah blog nie.... Kalau search dalam google ianya bermaksud a journal or diary that is posted on the Internet. Di terjemahkan ke bahasa.., bermaksud journal atau diari dan disiarkan dalam internet. Tapi bagi aku...., aku saja nak share pengalaman aku di internet sebagai technician cabuk. hhuhuhuhuhuh

Counter....